Selasa, 28 Disember 2010

selayang pandang pembuka kata berbudi bicara tersusun olah dan kata

*stick to save our rainforest

Assalamualikum, salam sejahtera dan salam bahagia

Telah sekian lama, tiada apa-apa entri terkini dimasukkan oleh desakan masa yang agak terhad untuk membelek seterusnya menyelia blog ringkas ini.

Sekadar bingkisan blog utk tatapan sendiri dan rakan2 taulan yg berkesudian berkongsi apa sahaja.
Berkisar tentang aktiviti lasak pacuan empat roda 4X4. Diantarany melayan kerenah pelbagai bentuk mudd-hole, ruts yg panjang, menyusur batu-batan,ruts, mengharung sungai, harung paya, harung selut becak. . . . . dan lain-lain lagi.

Juga aktiviti-aktiviti sampingan semasa trip off-road seperti pacak khemah, memancing, hiking, memburu, memasak, sukaneka dan sebagainya.

siapa pun jua kita, apa pangkat kita dlm waktu pejabat, siapa kita di dlm sebarang jabatan, anak ke berapa pun dlm keluarga, berapa gaji kita sebulan, di mana pun kampung kelahiran kita, hospital mana kita di lahirkan....perlu kita ingat bersama ialah, pabila di rimba setiap trip yang kita ambil bahagian, kita semua adalah rakan taulan yg saling perlu memerlukan.

Jadi sebelum tayar lipan 35 atau tayar MT 117-35 kita tu mencecah becak off-road....tinggalkan lah perkara2 yg di fikirkan tidak perlu utk di bawa bersama ke dlm rimba.

mintak sori.

Walau apa pun jua, kesedaran dlm memelihara dan memulihara alam sekitar perlu di titik beratkan di dlm semua trip yg dianjurkan supaya keharmonian alam semulajadi tidak dirosakkan.
Sungai yang mengalir bersih jangan sewenang-wenangnya kita lumpurkan.
Begitu juga dengan keadaan ekosistem-ekosistem yang lain di dalam hutan kesayangan kita, cuma untuk menjadi off-roaders yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Paling penting, sebelum terlupa dan leka, sampah sarap perlu di perbersihkan dan jgn di tinggal bersepahan pada setiap camp-site.
Buruk benor gayanya tu.
Selamat ber off-road, selamat mengecharge dan selamat dlm perjalanan pergi dan balik setiap trip dgn selamat.

73 CHERIO

oleh:JaraK 4X4 insyaAllah

credit :

>JIB auto Jln Ipoh (Pak Rengas & crew)
>REDAH4X4
>ADARC 47 (rakan2 radio amatur cheras)
>PRADAS
>Sejagat Setapak Jaya mudguard
>IS MOTOR Setapak Jaya
>PMC team members
>X4
>and many more . . . .
juga tak dapek den nak kobarkan jasa2 baik ekau semuo-nyor rakan-rakan taulan sekelian rupawan yor.
siapa lah den ni haaa.

*maaf di atas gaya susun dan olah kata yang cerca-merba sepanjang melayari blog ini.