Selasa, 28 Disember 2010

bermula semula selepas LandRover 109 petrol





my DAIHATSU TAFT completely restored

Syukur alhamdulillah, bermula dengan modal yang agak mampu dikeluarkan untuk permulaan pembikinan anak gajah yang telah usang serta lusuh pada mulanya di tala dan di make-over kan kembali setelah sekian lama bercuti rehat panjang.

Cuti rehat panjang sebab cuti pencen selepas berhempas pulas kudrat berkhidmat di dalam jabatan kerajaan.


Sedikit maklumat peribadi ....

Brand/Jenama :DAIHATSU JAPAN
Model :TAFT 2500D kuasa diesel sepenuhnya
Year/Tahun buatan :1975-1985
Color :colour asal flatted white rusted dah re-paint ke Orange
Engine & Performance/Enjin & KuasaModel : 2500L FV50 stock machine
Converted to : / NIL

Modification/Modifikasi : minor hi-lifted 4" additional APM brand leaf spring with
mitsubishi PAJERO rear absorber
Jeep Cherokee front coil spring

Interior/Dalaman :

STOCK Exterior/Luaran : round IPF brite spot lightSuspension System/Sistem Gantungan :
F-leaf spring stock abs
R-leaf spring + CHEROKEE coil spring + PAJERO abs

Rolling Wheel/Rim & Tayar :

15" X 8.5JJ dengan SIMEX size 32 X 9.5 centerpede tyre all wheel
15" X 10.5JJ dengan KUMHO - VENTURE MT size 33 X 12.5

ICE : no ice yet

just radio VHF transceiver unit c/w 1/4 wave antenna

73 cherio

kemaskini terbaru di penghujung 2010


salam wadah buat semua.

Hari ni jangan dilupa pasukan Harimau Malaya kita akan beraksi di Jakarta bertempat di Stadium Bung Karno untuk menentang pasukan INDONESIA dalam merebut piala SUZUKI 2010.

Dan bermula hari ini juga saya akan mula membuat sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan blog ini.

sekian.

1.37pm
29-12-2010

Jarak

Jarak ?


sebelum kita pergi dengan lebih jauh menyusur kandungan blog ini, rasanya ramai yang masih ragu-ragu apa sebenarnya intisari atau erti kepada nama Jarak itu sendiri.

the real of JaraK.

Pokok Jarak ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.

Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.

Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa.

Kejadian dua kes yang baru-baru ini dapat memberikan wawasan tambahan terhadap ketoksikan yang boleh dijangka. Dalam kedua-dua kes tersebut, muntah dan cirit-birit berulang kali berlaku, dengan tingkat kreatina serum dinaikkan.

Pendehidratan adalah lebih ketara dalam kes kedua. Bagaimanapun, kedua-dua pesakit dapat pulih tanpa peristiwa menarik. Manifestasi-manifestasi ketoksikan kacang kastor yang lain yang pernah dilaporkan, termasuk nekrosis hepar, kegagalan renal, hemolisis eritrosit, konvulsi, dan renjatan tidak berlaku.

Biji-biji kastor telah ditemukan di makam-makam Mesir yang bertarikh sejak dari 4000 SM. Herodotus dan para pengembara Yunani telah memperhatikan kegunaan minyak jarak sebagai bahan api lampu dan minyak badan.
Pengeluaran kacang kastor di seluruh dunia adalah di sekitar sejuta tan setahun. Kawasan-kawasan pengeluaran yang utama termasuk India, China, dan Brazil.

Dan dipendekkan cerita nama Jarak telah diilhamkan oleh Pak Rhu atau Pak Kopi 9W2EZM atau nama sedapnya Abang Ezam Kopi.
Seketika berbual di Jelira TomYam Bandar Baru Bangi, ini sahaja nama pokok yang agak 'related' dengan automotive.
Terus saya daftarkan sebagai callsign ke dalam REDAH4X4 sewaktu itu.

TQ

selayang pandang pembuka kata berbudi bicara tersusun olah dan kata

*stick to save our rainforest

Assalamualikum, salam sejahtera dan salam bahagia

Telah sekian lama, tiada apa-apa entri terkini dimasukkan oleh desakan masa yang agak terhad untuk membelek seterusnya menyelia blog ringkas ini.

Sekadar bingkisan blog utk tatapan sendiri dan rakan2 taulan yg berkesudian berkongsi apa sahaja.
Berkisar tentang aktiviti lasak pacuan empat roda 4X4. Diantarany melayan kerenah pelbagai bentuk mudd-hole, ruts yg panjang, menyusur batu-batan,ruts, mengharung sungai, harung paya, harung selut becak. . . . . dan lain-lain lagi.

Juga aktiviti-aktiviti sampingan semasa trip off-road seperti pacak khemah, memancing, hiking, memburu, memasak, sukaneka dan sebagainya.

siapa pun jua kita, apa pangkat kita dlm waktu pejabat, siapa kita di dlm sebarang jabatan, anak ke berapa pun dlm keluarga, berapa gaji kita sebulan, di mana pun kampung kelahiran kita, hospital mana kita di lahirkan....perlu kita ingat bersama ialah, pabila di rimba setiap trip yang kita ambil bahagian, kita semua adalah rakan taulan yg saling perlu memerlukan.

Jadi sebelum tayar lipan 35 atau tayar MT 117-35 kita tu mencecah becak off-road....tinggalkan lah perkara2 yg di fikirkan tidak perlu utk di bawa bersama ke dlm rimba.

mintak sori.

Walau apa pun jua, kesedaran dlm memelihara dan memulihara alam sekitar perlu di titik beratkan di dlm semua trip yg dianjurkan supaya keharmonian alam semulajadi tidak dirosakkan.
Sungai yang mengalir bersih jangan sewenang-wenangnya kita lumpurkan.
Begitu juga dengan keadaan ekosistem-ekosistem yang lain di dalam hutan kesayangan kita, cuma untuk menjadi off-roaders yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Paling penting, sebelum terlupa dan leka, sampah sarap perlu di perbersihkan dan jgn di tinggal bersepahan pada setiap camp-site.
Buruk benor gayanya tu.
Selamat ber off-road, selamat mengecharge dan selamat dlm perjalanan pergi dan balik setiap trip dgn selamat.

73 CHERIO

oleh:JaraK 4X4 insyaAllah

credit :

>JIB auto Jln Ipoh (Pak Rengas & crew)
>REDAH4X4
>ADARC 47 (rakan2 radio amatur cheras)
>PRADAS
>Sejagat Setapak Jaya mudguard
>IS MOTOR Setapak Jaya
>PMC team members
>X4
>and many more . . . .
juga tak dapek den nak kobarkan jasa2 baik ekau semuo-nyor rakan-rakan taulan sekelian rupawan yor.
siapa lah den ni haaa.

*maaf di atas gaya susun dan olah kata yang cerca-merba sepanjang melayari blog ini.